Friday 7 October 2011

vitamin / 2

Ditakutkan pada malam.

Kiranya takut pada malam
terasa apa benar ditakutkan
kerana ini bukan hakikat kehidupan
esok bila meninjau mentari
cahayanya tentu menghalau malam
akan tersenyum anak di daerahnya
seperti kita malam ialah perantau
tidak abadi.
Cita di dada kekal dipinta
terus menyala.
Tentu terang di muka
akan terbentang siang di jiwa garang
Sudah bertimbun sejarah mengisi buku dunia
Adakala manusia jatuh mereka belajar darinya
Dan tika bangun selamat mengingat bekas jatuh
Akan terpelihara dan singgah di pelabuhan
Demi pelabuhan.
Sedar memercup sentiasa
Bakal sampai tujuan semula
Kita tegak di pencapaian cita
Jadi apa ditakutkan pada malam
Kerana esok tetap siang
Selagi dada membara

A.Ghafar Ibrahim
 (dicuri di laman internet buat semua yang takut pada malam,buat aku yang tak takut mencuri)

No comments:

Post a Comment