Wednesday 28 September 2011

puisi / 87

ribut

tali leher.
punch card menjerit.
hujung bulan hisap pahala
RIBUT.
kami tak ada daya.
bila kau kenalkan diri
kami tak ada daya.

puisi / 86

abad ini

jika tiada pisau.
cukuplah dengan maki ku
terpulang pada para politikus
mencetak negaranya.

puisi / 85

pilu

rasa itu jarak
kuasa yang menolak mutlak
masa yang tidak berpihak.
mencakar dari dalam.

puisi / 84

pergi

melaungkan semudah itu,
pada dasar yang tidak memihak
lara berdiri sama tinggi rindu
mengeluarkan buih salju
perasaan dipijak hujan
sekejap saja teduh datang
jalanan panas terik ini
bakal berpanjangan
kemana-mana ditiup angin

Monday 26 September 2011

puisi / 83

sunyi.

aku fikir
aku ingin rumah sendiri
jika ada nanti
dindingnya biar putih,
lalu aku contengkan
dengan puisi-puisi
aku bangga hidupku
ditemani puisi hari-hari
walhal itu hanya menutup diriku dari sunyi.

vitamin / 1

serigala

kuterima sepucuk surat
tanpa alamat
kuterima sepucuk surat
tanpa kata

dari dadanya
melompat
seekor serigala
darah mengalir dikakinya
perut terbuka
mata buta

sekian lama
diseksa
di bawah kata
di bawah tinta

Latiff Mohidin

Sunday 25 September 2011

puisi / 82

hari-hari muram

ku akhiri pada malam ini,
dengan membeli tiket untuk,
menonton berita dan rancangan di tv.
berita gelap.
rancangan gelap.
lampu di tv juga gelap seminit saja mampu.

puisi / 81

hidup

dihadapan hanya soalan
putuskan putus asa.
dihadapan itu Berdepanlah.
putuskan soalan.

Thursday 22 September 2011

puisi / 80

rasa.

Qasidah Burdah.
kunci ibarat penjara di luar memenjara
dari penjara itu aku masuk
dari penjara itu aku keluar
lalu aku menangis.

Wednesday 21 September 2011

puisi / 78

anak yatim.

kita ini,banyak sangat kosongnya.
sudahlah.
cari cari cari.
rapat rapat rapat.
hulurlah
kau tu bukan siapa-siapa.
putih dalam lubang bukan?

puisi / 79

Agama.

biar saya yang licik bersuara!
Tuan Puan
tahu itu agama?
sebelum agama kenal Tuhan?
Tuhan ada di Facebook,di Tumblr di Last.fm
di Blog apa saja di skrin jernih anda.
tidak payah susah payah
mana lagi?
mana Tuhan?

anak yatim oh anak yatim.

Tuesday 20 September 2011

puisi / 77

cemburu pada ibu.

Bapak pulang,
bawa mimpi basi.
kali ini versi tua
bersongkok ketayap.
dulu lain tidaklah dulu baru ku kira tahun lepas.
kali ini betul macam orang tua,tapi dengan isteri mana tidak ku tahu
ibuku paling ku cemburu,setianya diamnya menunggu entah apa.
bapak dikerusi berceramah.
lalu aku keluar membelah suasana merampas!
bapaku dan songkonya
rupanya masih muda.
melenting!
ya aku memang cemburu pada ibu.
sabarnya masih di atas pelamin dulu.

Monday 19 September 2011

puisi / 76

 menunggu

hari ini paparan telefon-ku seperti hari-hari biasa.
bisu kadang-kadang saja merengek lapar.
tapi hari ini aku pula yang lapar.
sekejap-sekejap mata ku dipinjam telefon itu
kerana satu harapan dipacakan pada skrin hitam itu.
lama-lama kayu pengukur itu aku faham ke mana jaraknya
sehingga malam ini aku menyumpah atas bisunya dia.

puisi / 75

wajah 3

tahap apa pun  kau
maka jujurlah pada siapa-siapa
sebelum tirai itu aku kunci
melambailah kau,
menoleh kilat aku dulukan.

puisi / 74

wajah 2

kenapakah aku belum setuju
pada wajah-wajah itu belum lumpuh
sudahkah aku bertanya,
pada diri bila mungkin kabur.
bakinya bisu tapi kenapa bergema.

puisi / 73

wajah itu

aku bukan kau untung,
malah engkau saja yang ada kini.
jeritlah pada bila-bila kau tahu.
berpaling belum lagi aku cipta,
isi lah pada mana-mana sang setia.
jika ianya melagakan di dalam
cuma remang-mu meraung-raung bentak.

Sunday 18 September 2011

music / 03


all we ask and all we want.
is calling me
is calling me
"I can't
get out
Of what I'm into
with you"

puisi / 72

wang nilainya

kita semua tidur
aku paling nyenyak
di bawa bersiar-siar
menghirup udara halal
tapi
tidak pernah cukup.
saku ku kecil nilainya degil
rumahku kecil tawanya sempit
gayung ku penuh air
tapi badan ku panas
buku ku tebal
isinya sama
nilainya mana
bersiar-siar lagi
udara masih percuma.
kita masih ketawa.

Saturday 17 September 2011

puisi / 71

tarikh yang digelapkan

aku kau dia kita
ada masa
paling bangsat pun kita
paling galak pun kita
tarikh mati untuk kita digelapkan.
oh bukan digelapkan.
memang tiada.

puisi / 70

 awan

wahai awan bocorlah
aku dibawah-mu
ingin lihat syurga
wahai awan bocorlah
aku dibawah-mu
dapatkah aku bocorkan mu
dengan hanya suara?

puisi / 69

waktu

seawal jam tiga pagi,
bulan jaga-jaga,
kamar malap
kipas angin perang
tangan serang.
mata tumbang.
esok kembung lagi.

Thursday 15 September 2011

puisi / 68

kereta

saya belum ada kereta.
rakan-rakan kerja mereka sudah,
sahabat rapat belum ada tapi,
dirumah mereka ada 2 atau lebih.
saya belum ada kereta.
itupun jalan sudah sesak padat.

puisi / 67

Dialog

menteri : sudah kau makan semuanya?

raja : kenal aku siapa?

cikgu : kau selesa dengan bunyi loceng itu?

rakan : apa lagi?

aku : jumpa Tuhan-mu

masa : letih bukan...

hari itu :

puisi / 66

langkah

lagi aku disini,
memeluk angin
kulit malam yang tebal
awan dan aku selisih
aku masih lagi kosong
belum menelan bacaan yang mencubit.

puisi / 65

pilihan

aku memilih untuk kabur,
bertahan disini.
kerna di sana aku sudah selesa.
di sini banyak orang-orang lapar
aku ingin jadi sebahagian darinya.

Wednesday 14 September 2011

puisi / 64

rakan.

jangan pernah rebah.
bertahan.
kita ada di sana nanti.
nanti kau perasan,
senyumku tabah.

Tuesday 13 September 2011

puisi / 63

bebas

hanya baru ku tahu apa itu bebas.
bebas ertinya tidak bebas.
belum dapat ku tahu apa itu bebas
kerana belum pantas aku memakinya.

puisi / 62

cerminkan ku

tiba-tiba ku menoleh kebelakang
kerat bayangku yang rengang,
berat saiznya
berlari lagi kali ini aku
tiba-tiba ku menoleh lagi
yang melekat hanya,
bayangku mampu merangkak.
aku mampu pisahkannya mampu!

Saturday 10 September 2011

puisi / 61

erti sahabat

kami mengekori orang-orang yang bagus
lantas menyebur pujian
suburlah pada itu
kerana kelahiran kelahiran yang terpilih
lalu kami maafkan diri kami.

Thursday 8 September 2011

puisi / 60

sibuk

disana sedang sibuk tentang haiwan yang sudah mati
disini sedang sibuk tentang orang yang sudah mati
dan di mana-mana ada sahaja orang yang hidup ketika
ini tengah memurnikan agama.
tengah sibuk mencari siapa yang baik dan siapa yang paling
agama.yang lagi membuat agama itu mati!
anak-anak kecil juga sibuk di medan perang "cyber cafe"
anak-anak kecil juga belum tahu sibuk itu haiwan cantik
anak-anak kecil juga belum tahu sibuk itu apa merdeka
anak-anak kecil juga belum tahu sibuk itu apa agama.
lalu yang lagi sibuk dan paling tak sibuk.
hospital sibuk ramai sakit.
tong sampah masih sibuk
pekerja asing juga masih sibuk.
lepasan uni tak sibuk cari kerja
universiti sibuk kemasukkan hamba baru
surau masjid kosong tak sibuk.
kedai jual barang buku-buku agama tak sibuk
kedai jual tudung sibuk
anak-anak pun tidur.letih paginya sibuk.
masalah tersangkut di jendela
kerana angin malu untuk membawanya pergi.
angin sibuk.ekonomi juga sibuk.
aku sahaja mungkin nak jadi penyibuk.

Tuesday 6 September 2011

puisi / 59

puisi malas

di bibir pantai tempat ku membesar
selalu tidak ku tahu akan satu pun bahaya
yang ku sedar angin yang bergolek
ombak yang menendang
tidak takut satu pun pada ku
hanya ku tahu bila senja tumbang
aku pulang.
kini sudah mataku malas
baru sahaja pantai itu dijarakkan
aku sudah malas
malas ku sebesar laut petak itu
tiada pernah ku kira malasku
malasku pulak bukan jumlah
tapi nombor yang tiada akhirnya
pokok badang juga nampak malas
aku tidak lagi setuju untuk berteduh
lagi pula untuk bersandar
juga aku sudah malas untuk menebas kenanganku
semasa menebuk laut luas itu
tiada makna bagiku
kerana aku malas
aku tidak hanya memandang laut
sekadar tempat berteduh ikan
yang hukumnya hanya pada kuali
untuk berasap dan kuburnya di perut
selesa saja hari-hariku melepaskan nada kenyang
tidak pernah sekali ku kata
mana ikan pergi mana ia datang
siapa menjeratnya
kenapa hukumnya di perut
bukan di otak
malasku memang seluas laut
juga banyaknya pasir di pantai
malasku seperti pasir yang nyenyak dipukul ombak
malasku tidak upaya melepaskan diri
seperti ikan mati di perut
malasku sebesar bibir pantai
malasku berombak-ombak memukul pantai
namun air laut itu juga tenang
setenang ikan berlari
setenang angin bertandang
setenang kekadang berselisih ke pantai
setenang burung jalan pulang
setenang bulan cahaya bulan sesekali datang
setenang kaki menjamah ke pantai
setenang pasir menghambakan perasaan ke ombak
setenang nelayan menelan hasilnya
setenang kapal-kapal bersiol diatas dadanya
setenang sepasang mata malas untuk pulang.

puisi / 58

sakit

sesekali datangnya hiba
bibirku bekerja keras menyebutnya
memujanya luar biasa
ampunkan aku.
aku sungguh sakit.