menunggu
hari ini paparan telefon-ku seperti hari-hari biasa.
bisu kadang-kadang saja merengek lapar.
tapi hari ini aku pula yang lapar.
sekejap-sekejap mata ku dipinjam telefon itu
kerana satu harapan dipacakan pada skrin hitam itu.
lama-lama kayu pengukur itu aku faham ke mana jaraknya
sehingga malam ini aku menyumpah atas bisunya dia.
No comments:
Post a Comment