Friday 29 July 2011

music / 01

 b j o r k //


"Who Is It"
His embrace, a fortress
It fuels me
And places
A skeleton of trust
Right beneath us
Bone by bone
Stone by stone
If you ask yourself patiently and carefully:
Who is it ?
Who is it that never lets you down ?
Who is it that gave you back your crown ?
And the ornaments are going around
Now they're handing it over
Handing it over

He demands a closeness
We all have earned a lightness
Carry my joy on the left
Carry my pain on the right

If you ask yourself patiently and carefully:
Who is it ?
Who is it that never lets you down ?
Who is it that gave you back your crown ?
And the ornaments are going around
Now they're handing it over
Handing it over

puisi / 24

deru

dia datang seperti beban
terlentang memecah ruang
peduli atau karut.
kau di jerat.
hahahhahaha...

puisi / 23

hilang

tercari-cari
mentah-mentah ku telan.
apa rupa mu sekarang?

puisi / 22

pada lebar sayapmu yang bertakung ini
ianya tidak membawa ku terbang
malah aku pula yang berteduh di bawahnya.
dan awan mula berarak tinggalkan aku.
aku pula baru di rawat
pada awan yang tidak dapat ku tebas bias mu
minta kau setia begini
mana mungkin aku hinggap pada bulan saja
kerana kau juga elok di mata ku.

Thursday 28 July 2011

puisi / 21

rupamu

hujan rupamu membasahi ku
pada aku ianya perlu
tidak pula aku ingin berteduh
kerana amatlah ku percaya
selepas hujan akan tiba lecak
basah kaki ku terpijak
dan lantas itu aku bersihkannya dengan air
bukan dengan hujan baru.

Wednesday 27 July 2011

puisi / 20

selera mu dan impian ku.

ianya tebal.lagi mematung,
beratlah fikiran dan bermenung
diari kecil melekat pekat hingga ke besar,
keputusan agak belia
darah masuk dan keluar.
YA EGO!!
aku mahu kau yg aku tidak pernah kenal
bercerita tidak pernah bermuka-muka
kali ini aku tenang.sungguh licin permainan ku.
akan tertimbus lah hari ni seperti yang dulu.
bahkan tidak pula ingin lagi.

kau tahu kau tiada kami setia lagi ingin hidup

sengsara kelibat gantungnya
tidak tumpah seperti pemyamun!
urusannya bukan lah tema ku berbual hari-hari
semaknya yang membiak di belakang dah ku racun
abis puncanya jugak tidak berpihak.
meraunglah kau ataupun aku..
mesti hidup.bukan layu.
kisahnya yang sedikit sudah sukar aku ya.ya..sukar
suluhnya yang juga tidak habis esok
sesekali ia muncul tidak pula aku tahu
bila ianya akan pulang..
dan tidak juga pernah peduli ianya akan apa-apa
jika benar aku bukan pilihan kau
relakan la aku ini yang yatim engkau.
biarlah semalam ku jgn di sebut-sebut
aku bebas sebelum kau dtg.
mencari kau pun tidak,putus dan menjauh.
paling senang jika aku katakan kau "penyamun"
habis berlubang dikerjakan kau
kau sesak tidak pernah hendak mengaku..
daif kau
daif kau
daif kau
ku pohon kau berbicara nanti pada pencipta kita
lantas aku akan jawab kau tidak ada.
jauh lagi wujud.
sabar ada lagi.
kau sibuk.
kau sibuk.
kau sibuk.
aku tidak dan tidak akan pernah berlembut untuk
maaf kan diri ku.
tidak pernah.
demikian lah cerita itu sgt bernyawa dlm cerita-cerita
kita.
aku jika benar aku tidak ada apa-apa
sedih kau tiada pernah aku kira
aku mmg bukan yg kau impikan
dan engkau aku maafkan
biar lah aku tutup rapat.
dari niat engkau untuk berbisik
aku lebih setuju untuk berpaling.
lepaskan lah..
dan damai lah kau nanti.

Tuesday 26 July 2011

puisi / 19

lauk pencakar politik

dana.
ekonomi.
kuasa.
ceramah.
kroni.
hak.
majlis.
rasmi.
urusan.
demo.
peludah.
hak asasi.
perkauman.
rasuah.
program.
kakitangan.
keris.
parti.
undi.
cabutan bertuah.
bersatu.
muhibah.
rukun.
polis.
isu.
kelapa sawit.
gula.
swasta.
peruntukan.
adil.
tudung.
longkang.
skandal.
mahkamah.
berita.
ramalan.
bicara.
banner.
bendera.
lawatan.
bersidang.
parlimen.
batik.
haji.
rumah.
rakyat.
perihatin.
jatuh.
protes.
tangkap.
bantuan.
subsidi.
luar negara.
mufti.
khutbah.
pangkah.
modal insan.
projek mega.
jana kuasa.
belia.
perhimpunan.
sekatan.
salah guna.
jimat.
pengangkutan awam.
black metal.
rumah terbuka.
kempen.
mari membaca.
cintai sungai kita.
larian rakyat.
judi.
kabinet.
kabel.
tak nak rokok.
zon
cukai.
kajian.
blog.
banjir.
tsunami.
video.
flora.
proton.
felda.
minyak.
cinta IT.
di peringkat kebangsaan.
samseng jalanan.
penjara pudu.
angkasawan.
kek terpanjang.
lompat parti.

what goes on in your mind?

Sunday 24 July 2011

puisi / 18

setan yang nyata.

jangan mengada-ngada.
lapang dan dewasa sedikit
dera hati ini biar tidak bergantung
tangguhkan perkara tidak pasti
pujuk diri dengan sujud dan berserah.
biar bertujuan.

Saturday 23 July 2011

puisi / 17

pemahaman ini berperingkat

manusia timbul di dunia menelan apa?
kita ini semua menelan
lemah
menunggu tindakan
lagi apa?

Daripada bahasa Perancis cliche -- disebut ke-li-sey – yang bermaksud ungkapan atau frasa yang cantik dan sedap didengar tetapi menjadi kosong dan hambar apabila diulangi tanpa sebarang tindakan.

kenalkah kau dengan kau?
curi di sini A Kadir Jasin
aku tanya tunjuk di diri sendiri.

Friday 22 July 2011

puisi / 16

dewasa yang sarat

berita itu palsu
ini yang betul
pemimpin itu salah
ini yang benar
tiang itu bengkok
ini yang tegak
rumah dia buruk
ini yang cantik
longkang situ tersumbat
ini yang baru
pilih yang ini
yang mana?
yang ini lah
yang mana?
yang elok
yang betul
yang benar
yang tegak
yang baru.
ada ke?

puisi / 15





rendra sudah pergi bertemu kekasih kita.
sajak-sajaknya seperti dapur
berasap setiap hari
kita semua kenyang terlentang.
ada yang lapar sajaknya?

puisi / 14

tentang jiwa tentang buas.

medonggak ke langit
tidak akan lupa pada bau tanah
berjalan di pimpin awan berselisih udara
tidak lah hairan pakar ubat ringgit menuba segala
hakikat di sini mana-mana meminta akan jadi utama
sistem tidak haus yang jahil erti adalah kita
manusia memilih bukan?
Ya Allah asingkan aku dari segala sifat berkepentingan akal kosong
rapatkan aku dengan susuk jiwa relaMu.
amin.

Thursday 21 July 2011

puisi / 13

melihat kau terbang

beku seketika
meraba-raba terkunci
mungkin mengunci
menjerit.
meraung?
tidak !aku cuba menelan
ya menelan
melabuhkan episod kita
hampa?
meraba?
luka?
cerita belum putus
mana mungkin hadir episodnya?

puisi / 12

perjuangan

sekejap sahaja
sekejap sahaja
jangan memanah buta
meludah merata
cuba kenal ertinya
gigit nikmatnya
jaringan hidup ini bukan setitik
meluas tak terkira
basahkan tubuh mu dengan doa
pohon lah biar mencurah dari dalam
kerna yang hebat itu maha hebat.
sekejap sahaja,
sekejap sahaja

puisi / 11

dari A.Samad Said

"Kenapakah pemimpin lama sangat kurang perasa? Sekali lagi: Kuasa itu nikmat.
Nikmat pula sentiasa muda"

dari percikan ini saya kunyah agar lena dalam mimpi.

di dasar dunia ini (aku) dan semua wajib telan
"Kuasa itu nikmat,sentiasa Muda"
aku sudah telan moga sejahtera senjata ini dalam badan.
rohani itu apa?batin itu apa?
jasad itu apa?batil itu apa?
Ya Tuhan,sisihkan kami dari menduakan mu.amin.

Wednesday 20 July 2011

puisi / 10

adanya malam

pada malam-malam yang telah pergi
kedatangan silau bulan di kepung bintang
apalah menutup segala
terlantar dan kaku
cerita malam dulu buat lah pelengkap nanti
tak perlu kabur
memaksa diri
berdepan lah dan rayakan lah
kata kan kau pernah bermusim kan indah
tutup rapat-rapat jangan toleh segala
persembahkannya penuh gelora
kau juga insan
perlu berdiri sendiri
sia-sia lah semuanya hanya pasal itu.
kau perlu tahu perit itu ada bersamanya
lepaskan lah buat seketika
kerna bulan tidak pernah menyeksa kita
bintang masih setia.

puisi / 09

 rasa.

sebenarnya bukan ingin pergi
taat ku tegak berdiri
tidak pernah ku lari
pucat ku ini menghukum diri
dicekik ngilai mu bertahta sekali
elok lah kau di sana
memburu hati sendiri
akan ku ceraikan hati,hati ini
percahyalah aku kaku.

puisi / 08

just a smokescreen

she's puts the weights into my little heart.
I never noticed.
till i realized after disappeared
i can't read her
i drive real hard
good bye (typical) 
run forrest run!

Tuesday 19 July 2011

puisi / 07

jika.

pernah dulu di acu saat pantas dan leka
sekarang apa bezanya?
saat itu di tolak bangun kembali
di tegur senyum jayanya
di kejar tidak lari
hanyalah yang tahu maha tahu
ini lah dia tempias dalam pesta dulu
bukan kepalang memuncak
perasaan jangan bilang
sekarang jatuh dan perlu bangun
bukan ianya menolak cuma kita yang kisah perihal itu dan ini
masih lah menyimpan tidak lah di kunci
tidak pulak di suruh curi
di suruh mengaku belum ada jawapan
tinggalah kosong lawan satu
tidak mengapa cuma kita yang kisah perlihal itu dan ini.

puisi / 06

racun yang melekit

apalah ada pada kekuatan jika sunyi di dalam menghantuk-hantuk
degil mendayung ke medan entah ke mana
perasaan itu hak
dimiliki dan diduduki
cerita itu darah
sering dekat dan menunggu
dari cerita gembira dan sebaliknya
kadang-kadang tersentuh halus mengheret diri
kuat kah aku?
menatap hari-hari dan ragu-ragu
berperang segala di dalam memercikkan kata-kata
satu-satu ingin di dendangkan
kadang-kadang nada jemu tak lupa nada perit
hairan ini hairan itu
hari-hari menghitung nisbah
nak di tanya merana nak di luah tercekik
diam sendiri lelah sendiri tahu pula ingin mengadu
sayu di dalam kisah di luar lain ceritanya
perit mengheret ketidakpuasan
ketidakadilan pupus belum tahu
ada sekali niat hanyir di kepala
elok dan tertib di urut perlahan hilang
puncanya dari mana?berat dan tertangguh
luka menambah hanya lah luahana
yang benar itu benar pasti singgah nanti
cukuplah atau berpegang pada satu.
di lorong itu jika tidak di seru pasti ada
pastikan jangan elak
jangan pergi
genggam erat-erat
tidak perlu lagi jalan lekit
kaku dan membuntu langsung cuci
perit itu cerita
dan darah itu mengalir
belum lagi ada panggilan
teruskan mencari.ianya ada
di situ mungkin di depan.

Saturday 16 July 2011

puisi / 05

Ampun

Maaf kaku
tidak pernah berbelah bagi
ingin terasing dalam masa tidak seberapa itu
ingin terjun jauh ke dasar
sudah jemu di atasan melihat buih ombak bertukar
aku ingin menjadi bacul depanNya
lunturkan segala kemegahan atau kekayaan jika ada
bersemangat mahu berserah
tunduk
diam
pejam mata
tidak goyang
tidak sibuk
ingin di belai
rebah
sayu
rendah
terpaku
lemah
longlai
lembut
lontaran
tidak peduli
mengigil
kosong
putih
ya Tuhan ampukan segala
perit dan tidak
engkau lah sebaik-baik meneka.ampun.

puisi / 04

catatan hari cuti lalu.

jam siang hari itu
gila.
mata yang jernih hari yang tidak pernah padam
berdiri tidak kaku
Kuala Lumpur jadi sarang
di apit sang peracun.
sang peracun mata merah kekal
kaki keras tidak jemu
hati patuh pada yang satu
jiwa padat dengan dendam
tangan di pimpin sama
hati sama bergoncang
sikit pun belum pernah putus
lagi pun ada peracun bangsa
berbuih mulut memekik
lalu bermula satu hari
di jam itu
rakyat tidak menung
mula ingin memijak kuasa besar
jangan pernah kata bacul.
kami seribu kali akan terpacul
mencairkan yang keras.
ayuh lagi.....

Thursday 14 July 2011

puisi / 03

Yasmin Ahmad

kau amat besar
memenuhi segala ruang
hasil dari mu
memenuhi peringkat paling sayu
sendiri lah kau disana
tidak pula meminta-minta

Wednesday 13 July 2011

puisi / 02

 pernah

sudah ke belum?
dia sudah jauh
aku pula bermenung
jika ku tahu
sudah lah..

puisi / 01

hari mula.

hari ini hari mula.
tentang perit
hari ini mungkin hari hanyir
maaf itu bahasa puisi
maaf dan asing
"sesuatu itu ada tujuannya"
bermukim juga di mana-mana
di depan nanti jawab saja.dan bersahaja.
ada yang terluka bahkan sia-sia jadinya
tidaklah sanggup bayang "chairil di isi.
cuma jujur sanjung tinggi - nanti lagi