Sunday 25 December 2011

puisi / 126

Cuai

Saat ketawa perasan masalah ke belakang,
Enjin kereta pula baru bermula.
Diketawakan dan ingin ketawa,
Di meja suara-suara belah suasana.
Di meja tangan mengecat skrin teknologi,
Mana kecewa cerita kedua.
Lama tidak ketemu sahabat,
Sekali bercumbu.
Berkali-kali bertanya.
Apakah?
Bilakah?
oh tersepit lagi.
Ingin pergi tersangkut.
Ingin diam kedekut.
Ingin lari....dan menjerit.

Friday 23 December 2011

vitamin / 10

Batu Belah Batu Konkrit OST Telefilem Parit Jawa / monoloque - Album "Jejak Tanah"

Monday 19 December 2011

puisi / 125

Mereka Masih Hidup.

Ada puisi-puisi bagus hanguk mataliar ku.
Mereka masih belum tewas.
Mereka masih hidup.
Tangan ku lekas bangun.

puisi / 124

Esok Hari Kerja.

Esok aku akan menjilat masa,
Bergaul dengan suara-suara.
Memijak bumi dengan memakai tanda nama,
Memujuk hati terus berusaha memijak bumi dan masa.

Esok hari normal untuk pekerja.
Suara meninggalkan rumah.
Hanya tiggal suara kipas yang lupa dipadam.
Aku sudah berniat Insya Allah tahun ini tahun terakhir bagiku.
Tahun akhir buat,sang pekerja

Sunday 18 December 2011

puisi / 123

Patutkah Aku Lari.

Malam ini kaki hujan memijak perut bumi,
Malam jadi bersih dengan suara hujan-hujan.
Sekali-sekala ku ke bilik lantas ke depan menonton tv.
Lalu terus ke bilik saja.

Hujan mulai tumpul taringnya,
Tapi malam masih muda.
Aku masih mudah.
Mudah lupa segalanya.

Kali ini aku tidak sedar aku lupa akan banyak hal.
Kuda-kuda ku hampir hanyut di usia muda ini.
Kerana masalah di pentas bumi.
Bukan mudah untuk orang muda wahai kawan.

Aku habiskan persoalan ku hujan bakal berhenti tiba subuh nanti.
Itu saja jawapan mudahku.
Tapi permasalahanku bukan mudah seperti itu.
Dan jika takdir itu pudar aku pasrah kawan.

Aku beginilah dalam puisi kosongku.
Susah untuk mengolah masalahku.
Kerana aku jenis menyimpan.
Mungkin sudah jemu dengan kata-kata ikhlas-jelik

Dan saat aku ingin putus dari titik puisi.
Masalah sedikit sudah kelam.
kerana kata-kata sudah hilang
Perasaan juga mula di-edit.

Thursday 15 December 2011

puisi / 122

Tinggi.

Tinggi itu badi bagi ku.
Entahlah..
Susah nanti untuk mengaku bila jadi tinggi.
Mungkin aku tidak mengenal nasi serta air kosong.

Tuesday 13 December 2011

puisi / 121

Yang Masih Dalam Kumpulan Terbuang

Ketika cinta bermula tunasnya,
Kebesaran Mu iaitu aku lihat dosa-dosaku.
Cintaku  yang sedikit ini ku pinta jangan,
Ku lihat diriku hingusan dalam sujud.
Mencari Al-Fatiha.
Merangkak-rangkak meninggalkan kiblat dosa.
Peliharalah aku,saat aku dilahirkan semula.

Saturday 10 December 2011

vitamin / 9

 Usman Awang

" Zaman ini serba pahit terasa,
  Hanyir darah masih membalut udara,
  Segala suara mati rongga tak bernada."
 
                                             ( "zaman ini" )

halaman 113 Umar Junus / Sastera Melayu Moden

puisi / 120

Hilang dan Kegelisahan.

Teks itu penuh dan padat,
Merapuh melentur kotak hati.
Apakah?
Dengan ketidaksanggupan
Melintas tiba-tiba.
Itulah Hilang dan Kegelisahan pada ku kali ini.
Keseimbanganlah harapan pada niat-niat dari itu.

Thursday 8 December 2011

puisi / 119

Malam Buat yang tak Sudah.

Selepas kertas dijari di gigit api,
Aku ingin lepaskan malam.
Buat esok,jika ada.
Bagi siang yang tak sudah.
Malam buat yang tak sudah.

Monday 5 December 2011

puisi / 118

Hilang dan Pergi.

Saat detik menarik masuk,
Aku pilih keluar.
Menyalakan api.
Merasakan bahang.
Terbentang dan pilihlah.