Thursday 8 September 2011

puisi / 60

sibuk

disana sedang sibuk tentang haiwan yang sudah mati
disini sedang sibuk tentang orang yang sudah mati
dan di mana-mana ada sahaja orang yang hidup ketika
ini tengah memurnikan agama.
tengah sibuk mencari siapa yang baik dan siapa yang paling
agama.yang lagi membuat agama itu mati!
anak-anak kecil juga sibuk di medan perang "cyber cafe"
anak-anak kecil juga belum tahu sibuk itu haiwan cantik
anak-anak kecil juga belum tahu sibuk itu apa merdeka
anak-anak kecil juga belum tahu sibuk itu apa agama.
lalu yang lagi sibuk dan paling tak sibuk.
hospital sibuk ramai sakit.
tong sampah masih sibuk
pekerja asing juga masih sibuk.
lepasan uni tak sibuk cari kerja
universiti sibuk kemasukkan hamba baru
surau masjid kosong tak sibuk.
kedai jual barang buku-buku agama tak sibuk
kedai jual tudung sibuk
anak-anak pun tidur.letih paginya sibuk.
masalah tersangkut di jendela
kerana angin malu untuk membawanya pergi.
angin sibuk.ekonomi juga sibuk.
aku sahaja mungkin nak jadi penyibuk.

No comments:

Post a Comment