Tuesday 25 October 2011

puisi / 106

Kesatuan

Bangkit hari menerbit,
Tidak merisaukan langkah-langkah.
Berkurung dalam masa menimbus itu ini.
Bila ianya datang menghembus,
Dikecilkan suaranya.
Lalu hujan jelma penuh kata-kata.
Masing-masing berselindung dengan baja.
Dimana ada janji-janji yang kuat perlu digari.
Sayu tanganku memeluk kertas itu,
Memisahkan bayangan ku menghimpun kata-kata.
Digarisan mana aku ingin jelma,
Mahu ku semakin dewasa.
Memesan-mesan dan juga berlumba-lumba.
Lantang aku kecilkan suaraku dan berkata,
Kesatuanku dengan penciptaku berdinding.

No comments:

Post a Comment