Sunday 16 October 2011

puisi / 96

Malaysia

Kepada Tuan Puan

Setelah dewasa ini ,
kegilaan serta kegelisahan tidak pernah purba.
didalam isi kotak bangunan itu
kemungkinan ombak baik surut.
kepesatan diterjah kemodenan
membuat rakyat menjadi tetamu di bumi sendiri
wujud suatu topik mual pada akhir-akhir bulan
kepercayaan dibawah meja
mata rakyat yang layu dipukul beban
kehidupan yang meraba-raba
memaksa anak-anak kecil menurunkan ikrar serta bendera jalur itu
kekemasan warga korup tidak amanah
mengulug hujah yang dicetak oleh ringgit semata
bikin telinga ribut!
telaga suara-suara membuat tubuh-tubuh mencalar dalam masa yang ketiadaan
kepala rakyat sarat melarat terjerat
dipijak!
ketinggian menara itu hanya perbualan bau mulut mahal-mahal
kerana tapaknya yang didukung oleh rakyat jelata yang amat berat
hanya menutup malu atau bertopeng atas dasar malam pesta udangan warga "tie"
rakyat perlukan pisau tajam
buat butakan mata sendiri
senja menjelma sepi tiba
nafas sekali sahaja TAHI!

No comments:

Post a Comment