Wednesday 26 October 2011

puisi / 107

Aku sebelum Aku,selepas Aku.Dia dulu.

Adakah kau perlu keluar garisan?
Atau mungkin dalam garisan keselesaan?
Mungkin ditengah-tengah garisan.
Tulisan berasal dari kata-kata atau kata-kata yang ditulis,
Adakah bila ditengah-tengah kau ke kiri kadang ke kanan?
Setelah kau ke kiri perlu tanda koma( , )
Atau sebelah kanan nanti kau titikkan noktah( . )
Boleh juga kau katakan ke tepi garisan.
Tapi jika kau digarisan bulatan bagaimana?
Ditengah-tengah?
Bagaimana?
Amal dan ilmu
Ilmu dan amal
Kau dan aku diperhatikan
Percayalah.
Perkataan "AKU" itu apa?
Aku apa?
Apa itu Aku?
Aku namaku apa?
Siapa namaku?
Aku?
Aku?
Aku?
Jawablah?
Lalu ini puisiku:

"Apabila tiada lagi puisi,atau sebelum puisi ini terisi,atau mungkin sebelum puisi dipanggil puisi dan bila puisi
 tersembunyi dan dipanggil puisi untuk mengisi puisi dan lahirlkan puisi itu juga bukan puisi yang menjadikan puisi apabila tiada puisi"

No comments:

Post a Comment