Sunday 23 October 2011

puisi / 103

Pilihanraya

Asap Pajero.
Asap BMW.
mereka bertempur di halaman kampung.
saat itu anak-anak kecil yang muka berpanau,
dikatakan comel.
bau ketiak petani,
dikatakan wangi.
Asap Pajero.
Asap BMW.
kereta-kereta ini kau hafal betul-betul selepas kiamat nanti.

No comments:

Post a Comment