Friday 14 October 2011

puisi / 93

Malaysia

warga kilang

Bangkit pagi dari peluh semalam yang melekit ,
kami timbang keikhlasan untuk ke kilang
hilang..
hanya yang ada -tiada
kami penat
kami didalam penjara janji.
dikilang ,
hanyir mulut orang atasan
hiburan kami
teriakkan ketua kumpulan
makanan kami
kami sama nafas
sama lawas
tapi kami tewas
kerana kami
warga kilang bawahan
ditunjal
diam
ditolak
diam
orang atasan
tepuk tangan.
hasil kejayaannya.
bukan mudah mengalas sebagai operator kilang.
mulut kata susah
hati dihempit pekat kehidupan
isi saja borang
rela dimadukan dengan kilang
tahniah!
tapi sebulan dua saja mengaku
selepas diperkosa oleh tangan-tangan daki dunia
kami warga kilang yang hanyir ini di banjiri dengan pelbagai slogan
salah satu
"dulu tak nak sekolah pandai-pandai,sekarang rasakan"
kami rasa kami mahu kerja
kami rasa kami dipaksa
kami tiada rasa
kami juga rasa kalian raksasa.
jumpa kalian di padang sana
dulu disekolah ustazah kami berkata.
di padang sana.

No comments:

Post a Comment