Friday 21 October 2011

puisi / 101

Pilihanraya

Aku makin hari makin bosan ,
mataku pijau
di cili oleh para-para politikus zaman ini.
aku selaku anak muda berniat
ingin makan malam dengan orang atas
kalau boleh diwarung
jika dihotel berbumbung juga aku setuju.
kalau boleh bual tanpa sarung
mula-mula aku ingin bertanya
kenapa ada rakyat miskin?
kenapa rumah mahal?
kenapa pengangkutan awam tenat?
jika kamu mahu tahu kami ini apa
kami mengaku kami ini anak muda
tapi kamu tahu kami ini sengsara
lihat ini
saku ku
hanya ada untuk bayar air kau dan aku
itu tiada apa,aku senang dengan itu.
tapi aku juga ada rakan
rakan ku mahu kawin
kau pernah bercinta bukan?
kau tahu bagaimana dipujuk rayu dengan wanita?
gagal bukan
begitu juga kami
rakyat ini
dewasa ini
memiliki cinta
cinta saja ke?
mesti mahu bersanding
mahu bernikah
macam kau dulu-dulu
di dewan
di dada akhbar
juga di tebing bibir rakyat
tapi bagi ku senang
kau fikir sekarang di meja ini
di warung ini
kami semua tiada nafsu?
telinga kami ini ingin juga mendengar suara halus memanggil ayah
tidak kiralah papa ke atau daddy janji ada
tapi kau tahu harga rumah sekarang?
kau tahu majlis kawin sekarang?
upah jurukamera?
kad kawin?
rakan taulan
sahabat handai ?
kenapa kau diam?
apa yang bezakan kita?
tangan kau dan aku sama saja ada dua
aku gunakan untuk tujuan yang baik untuk ku dan yang lain
kenapa kau tiada?
kenapa tangan kau berat sebelah?
kenapa tangan kau ini disimpan didalam poket mu?
kau juga ada anak
dan kau juga akan ada cucu
mereka juga bakal kau tangankan
jika mereka menangis meronta dalam sempit
apa kau fikir kami akan duduk diam jika kami tersepit?
kau lihat tanganku
tangan yang mengelupas direbus masa
tangan yang menolak masa
tangan ini juga yang mengenggam impian meletakkan kau sebagai wakil
tapi tangan ini sekarang sudah liar
malah tangan ini juga yang akan menampar kau ke bangku buluh dulu
saat sama-sama tangan kita minta didukung
kerana tangan kita ini dipinjamkan
dan jika diarahkan
tangan ini juga yang bakal melobangkan pusaramu
dengan tangan ini juga yang akan mendoakan kesejahteraan mu
disaat tangan kita tidak bersalaman lagi
saat nanti tangan-tangan ini berkata
kita pernah disini menjamu selera
menyoalkan tentang hak dan nikmatNya.
gunakanlah tangan mu itu, untuk menyelak suara rakyat
gunakanlah tangan mu itu, bersama-sama mendoakan kebaikan
gunakanlah tangan mu itu, untuk menarik kami dari luka berpanjangan
dan pada masa yang sama kami akan bertepuk tangan menjulang kau demi perjuangan.

No comments:

Post a Comment