Thursday 25 August 2011

terima kasih

sedang di tv bertikam-tikam hujah
kau setia lagi
sempat di radio berkirim-kirim salam
kau setia lagi
mengamuk umat ke bazar leka dan sakit
kau masih setia
lampu di gedung-gedung memekik memanggil jasad
kau masih setia
anak kecil menangis sedang ibu tawar menawar
kau masih setia
ngantuk kamera merakam foto kita senyum yang dipinjamkan
kau masih setia
basah dinding rumah kami mandikan
kau masih setia
memuji-muji antara kita dengan kecantikan kulit puteh gebu
kau masih setia
bertukar-tukar hidangan tangan ke tangan
kau masih setia
tegang mata memasukkan duit sedekah di sampul
kau masih setia
berpeluh pedih mata menunggu bubur matang
kau masih setia
berkirim kad dari ucapan tangga kejayaan
kau masih setia
memanjat pokok kelapa rendang menagih daunnya
kau masih setia
kiamat dahagamu segelas air ketika berbuka
kau masih setia
berbukit asap rokok di bilik
kau masih setia

terima kaseh Tuhan kami
kerana meminjamkan bulan yang penuh dengan cerita ini
untuk kami yang buta ini


rizwan rahim

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. rizwan rahim
    terima kasih kerana membuatkan aku rindu ramadhan di malaysia..

    ReplyDelete
  3. haha,moga anda di sana baik-baik belaka
    selamat bkenalan :)

    ReplyDelete
  4. selamat selamat
    salut! tak kering2 idea kau menulis puisi sepanjang ogos.

    ReplyDelete
  5. haha baru belajar.terima kaseh kerana membaca
    moga kita semua selamat :)

    ReplyDelete