Thursday 4 August 2011

puisi / 28

bermuka-muka kecewa

pada sucimu yang rapat dengan ku
yang pagi-pagi menerbit di hati
amatlah besar penjuru luka ini
menjerit dan bingit menderu di dalamnya
patutkah aku menunduk atau sebaliknya
darah-darah lalu terus intim
malahan tidur ku ini berpihak kepada mu
tertiarap kerana luka di belakang
campur luka dengan suka aku memilih diam
kerana menahan beban sampai kemuncak malam
biar peluh itu basah jadi embun pagi esok.

No comments:

Post a Comment