Tuesday 9 August 2011

puisi / 41

Tuan / Puan

jika tabung hati kamu-kamu penuh dengan simpanan ketidakpuasan
ceritakan panjang lebar kepada kami,
ya kepada kami yang hari-hari sebagai lelaki.
yang minum paginya dihidang kamu,
yang malamnya dihidang kamu.
kerana sudah fikrah taat dan buta 
kami-kami bernama perempuan berjiwa ini
hari-hari runsing,ubat tidak lawas lagi
runsing yang padat ini kami lukiskan dengan sengaja
di atas tubuh kami dengan era masa kini
buat laki-laki koyak mata kanan dan kiri
kami menelan semua dandanan solekan
biar taat pada era maju fikiran padu jiwa mandul
laki-laki bertanya :
bagaimana kamu dirikan ini?
kami pihak perempuan tidak lemah akal
kami bersolek dengan niat yang paling nipis
dengan mata yang daif
dengan menanam nota di hati
aku mahu ke era moden menelan semua lalu kenyang dan terlentang.
kami menelan katalog,katalog,dan katalog
perhiasan kami ini sulit di mata kamu-kamu
itulah tajuk kami
rumusan kami biarkan..
jadilah kami penghambat fesyen
kami garikan kaki dengan loceng kaki.
di kepala kami ada sanggul menara menjilat langit,buat laki-laki terpancut mengigit.
tubuh kami pula disalut dengan surat khabar nipis dan ilmiah
lalu tersebarlah berita-berita susah.
buat laki-laki bersejadah mahupun yang tidak pernah.

lelaki
saya mahu jadikan kamu Puan tidakkah kamu sedar?

perempuan
saya juga mahu kamu jadi Tuan kami sedar.
 
supaya  kami jadi Tuan/Puan paling rendah dariMU.

No comments:

Post a Comment