akhir sudah
semeja kita berjumpa,
sebulat suara.
tinggi suara ku membelah,
mencukur segala lelah berpuasa.
Monday, 29 August 2011
puisi / 56
hariku apa akhirku
hari ini
ada seperti lalat menghurung
ada juga yang mengurung
ada juga yang mematong
semuanya akan dihitung
hari ini
hari yang panas rentong
saya dikamar sakit mengongong
alamatnya puasa bakal tidak disarung
berjaya juga saya sampai azan meraung
hari ini
juga hari yang untung
saya dan jemaah yang tinggal sepotong
melihat air mata imam buat julung-julung
hadirin hadirat semua termenung
tiadalah niat saya untuk membuka pekong
menjulang julang cerita yang tak berapa agung
cuma hampir sebulan kita bertarung
hati ini sudah sombong
moga kita tidak terpesong
mulakan lagi ibarat esok akan dihitung.
malam 29
hari ini
ada seperti lalat menghurung
ada juga yang mengurung
ada juga yang mematong
semuanya akan dihitung
hari ini
hari yang panas rentong
saya dikamar sakit mengongong
alamatnya puasa bakal tidak disarung
berjaya juga saya sampai azan meraung
hari ini
juga hari yang untung
saya dan jemaah yang tinggal sepotong
melihat air mata imam buat julung-julung
hadirin hadirat semua termenung
tiadalah niat saya untuk membuka pekong
menjulang julang cerita yang tak berapa agung
cuma hampir sebulan kita bertarung
hati ini sudah sombong
moga kita tidak terpesong
mulakan lagi ibarat esok akan dihitung.
malam 29
Saturday, 27 August 2011
puisi / 55
selamatkan hari raya
aku berpura-pura sedih tinggalkan ramadhan
aku juga berpura-pura tidak gembira menanti aidilfitri
selamatkah aku jika berfikir begini
atau hanya puisikan itu dan ini
maaf zahir dan batin
ini juga biasa.
selamat hari raya untuk semua.
aku berpura-pura sedih tinggalkan ramadhan
aku juga berpura-pura tidak gembira menanti aidilfitri
selamatkah aku jika berfikir begini
atau hanya puisikan itu dan ini
maaf zahir dan batin
ini juga biasa.
selamat hari raya untuk semua.
Thursday, 25 August 2011
terima kasih
sedang di tv bertikam-tikam hujah
kau setia lagi
sempat di radio berkirim-kirim salam
kau setia lagi
mengamuk umat ke bazar leka dan sakit
kau masih setia
lampu di gedung-gedung memekik memanggil jasad
kau masih setia
anak kecil menangis sedang ibu tawar menawar
kau masih setia
ngantuk kamera merakam foto kita senyum yang dipinjamkan
kau masih setia
basah dinding rumah kami mandikan
kau masih setia
memuji-muji antara kita dengan kecantikan kulit puteh gebu
kau masih setia
bertukar-tukar hidangan tangan ke tangan
kau masih setia
tegang mata memasukkan duit sedekah di sampul
kau masih setia
berpeluh pedih mata menunggu bubur matang
kau masih setia
berkirim kad dari ucapan tangga kejayaan
kau masih setia
memanjat pokok kelapa rendang menagih daunnya
kau masih setia
kiamat dahagamu segelas air ketika berbuka
kau masih setia
berbukit asap rokok di bilik
kau masih setia
terima kaseh Tuhan kami
kerana meminjamkan bulan yang penuh dengan cerita ini
untuk kami yang buta ini
rizwan rahim
kau setia lagi
sempat di radio berkirim-kirim salam
kau setia lagi
mengamuk umat ke bazar leka dan sakit
kau masih setia
lampu di gedung-gedung memekik memanggil jasad
kau masih setia
anak kecil menangis sedang ibu tawar menawar
kau masih setia
ngantuk kamera merakam foto kita senyum yang dipinjamkan
kau masih setia
basah dinding rumah kami mandikan
kau masih setia
memuji-muji antara kita dengan kecantikan kulit puteh gebu
kau masih setia
bertukar-tukar hidangan tangan ke tangan
kau masih setia
tegang mata memasukkan duit sedekah di sampul
kau masih setia
berpeluh pedih mata menunggu bubur matang
kau masih setia
berkirim kad dari ucapan tangga kejayaan
kau masih setia
memanjat pokok kelapa rendang menagih daunnya
kau masih setia
kiamat dahagamu segelas air ketika berbuka
kau masih setia
berbukit asap rokok di bilik
kau masih setia
terima kaseh Tuhan kami
kerana meminjamkan bulan yang penuh dengan cerita ini
untuk kami yang buta ini
rizwan rahim
Tuesday, 23 August 2011
puisi / 54
kering
aku mula binggung.
antara kita siapa yang terluka?
lama-lama baru ku perasan
mungkin kau mungkin aku.
ianya terbatas.
diluar hujan memakuk
tempiasnya menjilat di dinding
telah ku lupa
apa nasib rakan ku itu?
di atas ada dua puisi
bertajuk dan tidak.
kedua-duanya
harus ku pujuk.
aku mula binggung.
antara kita siapa yang terluka?
lama-lama baru ku perasan
mungkin kau mungkin aku.
ianya terbatas.
diluar hujan memakuk
tempiasnya menjilat di dinding
telah ku lupa
apa nasib rakan ku itu?
di atas ada dua puisi
bertajuk dan tidak.
kedua-duanya
harus ku pujuk.
Saturday, 20 August 2011
puisi / 53
senipis ramadhan
tiada lagi manusia menyebut
raya bakal menjilat
tinggal lah haus dan lapar
kerna raya sudah menjerat.
tiada lagi manusia menyebut
raya bakal menjilat
tinggal lah haus dan lapar
kerna raya sudah menjerat.
Wednesday, 17 August 2011
puisi / 52
kehidupan
manusia bercerita tentang demokrasi
manusia bercerita soal perpaduan
manusia bercerita pasal agama
namun mereka selalu menang
namun mereka selalu menang
manusia bercerita soal perkauman
manusia bercerita pasal ekonomi
manusia bercerita tentang hak
namun mereka selalu menang
namun mereka selalu menang
manusia tidak menang
manusia hanya bercerita
manusia bercerita tentang demokrasi
manusia bercerita soal perpaduan
manusia bercerita pasal agama
namun mereka selalu menang
namun mereka selalu menang
manusia bercerita soal perkauman
manusia bercerita pasal ekonomi
manusia bercerita tentang hak
namun mereka selalu menang
namun mereka selalu menang
manusia tidak menang
manusia hanya bercerita
puisi / 51
setelah segalanya terjerat dalam cakar-ku
kalungan harum melutut di sini
menagih tidak tumbang,
bertapa kisah ku malap.
bertiup skala pendek.
membuai tidak lelap
memekik
pintu buka lah dikau buat
aku yang cuai.
sandaran.
kalungan harum melutut di sini
menagih tidak tumbang,
bertapa kisah ku malap.
bertiup skala pendek.
membuai tidak lelap
memekik
pintu buka lah dikau buat
aku yang cuai.
sandaran.
Tuesday, 16 August 2011
puisi / 50
perjalanan
beragama itu selendang
ia indah namun berbeza-beza
pada mata juga hakikinya
masing-masing ada muntahan dari segi dan puncaknya
namun bisikan jahil itu juga rapat
hatilah menjadi titik
segalanya berterusan
jatuh bangun
tumbang bangkit
yang sedang berterusan
ianya berterusan sahabat.
hakikatNya lah menggenggam segala
beragama itu selendang
ia indah namun berbeza-beza
pada mata juga hakikinya
masing-masing ada muntahan dari segi dan puncaknya
namun bisikan jahil itu juga rapat
hatilah menjadi titik
segalanya berterusan
jatuh bangun
tumbang bangkit
yang sedang berterusan
ianya berterusan sahabat.
hakikatNya lah menggenggam segala
Monday, 15 August 2011
puisi / 49
merdeka
kau ingin tahu apa itu merdeka?
pergi tanya pada petani
tanya namanya
kau ingin tahu apa itu merdeka?
pergi tanya diri kau.
beritahu padanya.
kau ingin tahu apa itu merdeka?
pergi tanya pada petani
tanya namanya
kau ingin tahu apa itu merdeka?
pergi tanya diri kau.
beritahu padanya.
puisi / 48
janji
saya payungkan kalian dengan bunga-bunga teduh
kerna kalian redup disumpah mimpi
tanggalkan nyenyak tidur
tinggalkan episod dengkur
ayuh berlapar duka.
saya payungkan kalian dengan bunga-bunga teduh
kerna kalian redup disumpah mimpi
tanggalkan nyenyak tidur
tinggalkan episod dengkur
ayuh berlapar duka.
Friday, 12 August 2011
puisi / 47
Alam Segunung Ijazah.
ombak mengintai-intai,
malu ke darat.
darat yang sarat.
hijau dah keruh,
puncak dah condong,
muara dah rentong,
langit dah mendung,
tunggu petir sabung-menyabung.
datuk nenek penat mengendung,
habis sawah diteropong dikepung.
cucu-cucu tak pandai menabung,
hasil yang banyak tinggal sekarung.
ombak mengintai-intai,
malu ke darat.
darat yang sarat.
hijau dah keruh,
puncak dah condong,
muara dah rentong,
langit dah mendung,
tunggu petir sabung-menyabung.
datuk nenek penat mengendung,
habis sawah diteropong dikepung.
cucu-cucu tak pandai menabung,
hasil yang banyak tinggal sekarung.
Thursday, 11 August 2011
BERSIH PERTANDINGAN MENULIS RM6000.00 UNTUK DITUNTUT JIKA LAYAK :)
Sila ke sini jika berminat http://diskopi.wordpress.com/
p/s pertama saya : kepada diskopi salam perkenalan :)
p/s pertama saya : kepada diskopi salam perkenalan :)
puisi / 46
foto
suaramu ku fotokan
Kita diam Kita Membodoh
sesudah pagar bodoh dulu yang roboh telah kita simenkan batu besi dan kini kembali penjara
diam yang Taksempurna,
dan mati dalam foto BISU
hari-hari yang berat merangkak mengundur mendaki menebas tersesat ke puncak
tunggu kau tumbang rupa dulu.
seperti percaya foto boleh BICARA.
suaramu ku fotokan
Kita diam Kita Membodoh
sesudah pagar bodoh dulu yang roboh telah kita simenkan batu besi dan kini kembali penjara
diam yang Taksempurna,
dan mati dalam foto BISU
hari-hari yang berat merangkak mengundur mendaki menebas tersesat ke puncak
tunggu kau tumbang rupa dulu.
seperti percaya foto boleh BICARA.
Wednesday, 10 August 2011
puisi / 45
jangan bicara denganku dengan bahasa dunia
aku dari syurga
jangan sentuh tubuhku dengan tubuh berdosa
Aku dari syurga
("Nawang Wulun",Daerah Perbatasan,hlm.23)
dari buku sastera melayu moden,fakta dan interpretasi Umar Junus
aku dari syurga
jangan sentuh tubuhku dengan tubuh berdosa
Aku dari syurga
("Nawang Wulun",Daerah Perbatasan,hlm.23)
dari buku sastera melayu moden,fakta dan interpretasi Umar Junus
puisi / 44
perpisahan
mataku memanjat suaramu.
kelibatmu meraung tercakar,
jeritku memuntahkan sepi
melihat kau merangkak pergi
aku di timbus dan dibalut sunyi.
malamku di tilam ditikam mimpi.
mataku memanjat suaramu.
kelibatmu meraung tercakar,
jeritku memuntahkan sepi
melihat kau merangkak pergi
aku di timbus dan dibalut sunyi.
malamku di tilam ditikam mimpi.
puisi / 43
siapa r.zwan
bolehkah aku ke syurga
sedangkan aku disini lagi
menoreh blog sendiri
menebas di blog kamu
jika Dia menjemput ku
blog aku dan kamu ikut kan?
bolehkah aku ke syurga
sedangkan aku disini lagi
menoreh blog sendiri
menebas di blog kamu
jika Dia menjemput ku
blog aku dan kamu ikut kan?
Tuesday, 9 August 2011
puisi / 41
Tuan / Puan
jika tabung hati kamu-kamu penuh dengan simpanan ketidakpuasan
ceritakan panjang lebar kepada kami,
ya kepada kami yang hari-hari sebagai lelaki.
yang minum paginya dihidang kamu,
yang malamnya dihidang kamu.
kerana sudah fikrah taat dan buta
kami-kami bernama perempuan berjiwa ini
hari-hari runsing,ubat tidak lawas lagi
runsing yang padat ini kami lukiskan dengan sengaja
di atas tubuh kami dengan era masa kini
buat laki-laki koyak mata kanan dan kiri
kami menelan semua dandanan solekan
biar taat pada era maju fikiran padu jiwa mandul
laki-laki bertanya :
bagaimana kamu dirikan ini?
kami pihak perempuan tidak lemah akal
kami bersolek dengan niat yang paling nipis
dengan mata yang daif
dengan menanam nota di hati
aku mahu ke era moden menelan semua lalu kenyang dan terlentang.
kami menelan katalog,katalog,dan katalog
perhiasan kami ini sulit di mata kamu-kamu
itulah tajuk kami
rumusan kami biarkan..
jadilah kami penghambat fesyen
kami garikan kaki dengan loceng kaki.
di kepala kami ada sanggul menara menjilat langit,buat laki-laki terpancut mengigit.
tubuh kami pula disalut dengan surat khabar nipis dan ilmiah
lalu tersebarlah berita-berita susah.
buat laki-laki bersejadah mahupun yang tidak pernah.
lelaki
saya mahu jadikan kamu Puan tidakkah kamu sedar?
perempuan
saya juga mahu kamu jadi Tuan kami sedar.
supaya kami jadi Tuan/Puan paling rendah dariMU.
jika tabung hati kamu-kamu penuh dengan simpanan ketidakpuasan
ceritakan panjang lebar kepada kami,
ya kepada kami yang hari-hari sebagai lelaki.
yang minum paginya dihidang kamu,
yang malamnya dihidang kamu.
kerana sudah fikrah taat dan buta
kami-kami bernama perempuan berjiwa ini
hari-hari runsing,ubat tidak lawas lagi
runsing yang padat ini kami lukiskan dengan sengaja
di atas tubuh kami dengan era masa kini
buat laki-laki koyak mata kanan dan kiri
kami menelan semua dandanan solekan
biar taat pada era maju fikiran padu jiwa mandul
laki-laki bertanya :
bagaimana kamu dirikan ini?
kami pihak perempuan tidak lemah akal
kami bersolek dengan niat yang paling nipis
dengan mata yang daif
dengan menanam nota di hati
aku mahu ke era moden menelan semua lalu kenyang dan terlentang.
kami menelan katalog,katalog,dan katalog
perhiasan kami ini sulit di mata kamu-kamu
itulah tajuk kami
rumusan kami biarkan..
jadilah kami penghambat fesyen
kami garikan kaki dengan loceng kaki.
di kepala kami ada sanggul menara menjilat langit,buat laki-laki terpancut mengigit.
tubuh kami pula disalut dengan surat khabar nipis dan ilmiah
lalu tersebarlah berita-berita susah.
buat laki-laki bersejadah mahupun yang tidak pernah.
lelaki
saya mahu jadikan kamu Puan tidakkah kamu sedar?
perempuan
saya juga mahu kamu jadi Tuan kami sedar.
supaya kami jadi Tuan/Puan paling rendah dariMU.
puisi / 40
aku dan mati
ku kira masa ku hidup pakaian ku tak terkira,
kelak ku mati cuma satu saja,
di masa nyawa inilah tunggang kuda paling liar,
lari dari iblis belangkas.
pedang paling badang,
biar setan buas terlentang.
Monday, 8 August 2011
music / 02
j e f f b u c k l e y //
" lover you should've come over"
Looking out the door
I see the rain fall upon the funeral mourners
Parading in a wake of sad relations
As their shoes fill up with water
Maybe I'm too young
To keep good love from going wrong
But tonight, you're on my mind so
You never know
Broken down and hungry for your love
With no way to feed it
Where are you tonight?
Child, you know how much I need it.
Too young to hold on
And too old to just break free and run
Sometimes a man gets carried away,
When he feels like he should be having his fun
Much too blind to see the damage he's done
Sometimes a man must awake to find that, really,
He has no-one...
So I'll wait for you... And I'll burn
Will I ever see your sweet return?
Oh, will I ever learn?
Oh, Lover, you should've come over
Cause it's not too late.
Lonely is the room the bed is made
The open window lets the rain in
Burning in the corner is the only one
Who dreams he had you with him
My body turns and yearns for a sleep
That won't ever come
It's never over,
My kingdom for a kiss upon her shoulder
It's never over,
all my riches for her smiles when I slept so soft against her...
It's never over,
All my blood for the sweetness of her laughter...
It's never over,
She's a tear that hangs inside my soul forever...
But maybe I'm just too young to keep good love
From going wrong
Oh... lover you should've come over...
Yes, and I feel too young to hold on
I'm much too old to break free and run
Too deaf, dumb, and blind
To see the damage I've done
Sweet lover, you should've come over
Oh, love, well I'll wait for you
Lover, you should've come over
'Cause it's not too late.
" lover you should've come over"
Looking out the door
I see the rain fall upon the funeral mourners
Parading in a wake of sad relations
As their shoes fill up with water
Maybe I'm too young
To keep good love from going wrong
But tonight, you're on my mind so
You never know
Broken down and hungry for your love
With no way to feed it
Where are you tonight?
Child, you know how much I need it.
Too young to hold on
And too old to just break free and run
Sometimes a man gets carried away,
When he feels like he should be having his fun
Much too blind to see the damage he's done
Sometimes a man must awake to find that, really,
He has no-one...
So I'll wait for you... And I'll burn
Will I ever see your sweet return?
Oh, will I ever learn?
Oh, Lover, you should've come over
Cause it's not too late.
Lonely is the room the bed is made
The open window lets the rain in
Burning in the corner is the only one
Who dreams he had you with him
My body turns and yearns for a sleep
That won't ever come
It's never over,
My kingdom for a kiss upon her shoulder
It's never over,
all my riches for her smiles when I slept so soft against her...
It's never over,
All my blood for the sweetness of her laughter...
It's never over,
She's a tear that hangs inside my soul forever...
But maybe I'm just too young to keep good love
From going wrong
Oh... lover you should've come over...
Yes, and I feel too young to hold on
I'm much too old to break free and run
Too deaf, dumb, and blind
To see the damage I've done
Sweet lover, you should've come over
Oh, love, well I'll wait for you
Lover, you should've come over
'Cause it's not too late.
puisi / 39
selamat datang.
tadi aku ke bazar,
ingin memeluk juadah berbuka
sebelum senja tumbang,
bulan datang.
orang garang,gadis lapang.
lalu ada seorang
ya seorang yang buat mata ku luka dan telanjang.
wajahnya ishhhh.
selamat datang!
tadi aku ke bazar,
ingin memeluk juadah berbuka
sebelum senja tumbang,
bulan datang.
orang garang,gadis lapang.
lalu ada seorang
ya seorang yang buat mata ku luka dan telanjang.
wajahnya ishhhh.
selamat datang!
puisi / 37
sesak
sebelum kau kenal bunga,
aku telah menelan harumnya.
sesudah kau berani meminta sekuntum lagi
aku pacakkan taman buat padam selera-mu
dan kini bunga di kepung racun
ku kutip mana yang hidup
sesekali tangan ku diduduk duri.
sebelum kau kenal bunga,
aku telah menelan harumnya.
sesudah kau berani meminta sekuntum lagi
aku pacakkan taman buat padam selera-mu
dan kini bunga di kepung racun
ku kutip mana yang hidup
sesekali tangan ku diduduk duri.
Sunday, 7 August 2011
puisi / 36
malam ke 7
selesai azan memecah suasana
kereta dan motor jemaah datang,
tiga orang pak cik hisap rokok dan memakai songkok
budak sekolah agama memakai jubah warna putih songkok hijau
pembantu imam janggutnya panjang
makmum perempuan bertelekung sulam,
berantai emas,
imam bercicin batu gunung jubah putih janggut pun
imam bawak kereta Mercedes tak kalah makmum yang pandu jeep.
abang-abang indon pakai minyak wangi siap bertasbih
budak kecil seluar sukan songkok hitam lari-lari
tak kurang di sisi ayahnya
tak kurang galaknya yang tikam telefon
yang genggam kunci motor mahupun kereta
yang tak bersongkok rambut panjang kusut
baju melayu dan t-shirt kolar bulat
selipar bersepah
air paip deras keluar bertugas malam itu
lampu terang air-cond berang
kipas berabuk
cermin hitam terbuka luas
karpet hijau dan pembesar suara tak jelas
ada juga yang bersalaman
bercerita pasal hidup mahupun perjuangan
rapatkan saf
salam di berikan selawat di bibir semua hadirin
doa buat bekal
aku hilang
balik rumah hisap rokok.
makmum makin kurang.
selesai azan memecah suasana
kereta dan motor jemaah datang,
tiga orang pak cik hisap rokok dan memakai songkok
budak sekolah agama memakai jubah warna putih songkok hijau
pembantu imam janggutnya panjang
makmum perempuan bertelekung sulam,
berantai emas,
imam bercicin batu gunung jubah putih janggut pun
imam bawak kereta Mercedes tak kalah makmum yang pandu jeep.
abang-abang indon pakai minyak wangi siap bertasbih
budak kecil seluar sukan songkok hitam lari-lari
tak kurang di sisi ayahnya
tak kurang galaknya yang tikam telefon
yang genggam kunci motor mahupun kereta
yang tak bersongkok rambut panjang kusut
baju melayu dan t-shirt kolar bulat
selipar bersepah
air paip deras keluar bertugas malam itu
lampu terang air-cond berang
kipas berabuk
cermin hitam terbuka luas
karpet hijau dan pembesar suara tak jelas
ada juga yang bersalaman
bercerita pasal hidup mahupun perjuangan
rapatkan saf
salam di berikan selawat di bibir semua hadirin
doa buat bekal
aku hilang
balik rumah hisap rokok.
makmum makin kurang.
Saturday, 6 August 2011
puisi / 35
projek berkurung
Kuala Lumpur,tepat jam di tangan ku
di kurung.
bangunan yang di susun dari batu sampai ke langit
batu-batu yang bernikah itu meludah
jika kau haus kau boleh telan
jika tak kau diam
balik kampung gali kubur.
kerana orang Kuala Lumpur
suka begini ayatnya "kenapa serius sangat"
kesan ludah agaknya.
jam tepat di tangan,Kuala Lumpur ku.
Kuala Lumpur,tepat jam di tangan ku
di kurung.
bangunan yang di susun dari batu sampai ke langit
batu-batu yang bernikah itu meludah
jika kau haus kau boleh telan
jika tak kau diam
balik kampung gali kubur.
kerana orang Kuala Lumpur
suka begini ayatnya "kenapa serius sangat"
kesan ludah agaknya.
jam tepat di tangan,Kuala Lumpur ku.
Friday, 5 August 2011
puisi / 34
ibu.
ibu hulurkan tangan,
aku gadai segala pahala ku jika ada.
sebab di dunia ini aku tidak kau untung
malahan aku rugi jadi aku yang kau tempuh diam-diam
perlahan-lahan aku usap air mata-mu yang tidak putus.
ibu hulurkan tangan,
aku gadai segala pahala ku jika ada.
sebab di dunia ini aku tidak kau untung
malahan aku rugi jadi aku yang kau tempuh diam-diam
perlahan-lahan aku usap air mata-mu yang tidak putus.
puisi / 33
mana mungkin aku yang dulu
kalau kita berjumpa nanti,
aku atau kau dengan dia yang kita tidak kenal
mungkin kau dulu
atau aku kemudian.
lalu saat itu cuma ada dua.
kau atau aku yang mula.
kau fikir aku
aku pula fikir kau
dia itu jangan kita tinggalkan ianya sama saja.
lalu itu kita kenal Tuhan kita.
kalau kita berjumpa nanti,
aku atau kau dengan dia yang kita tidak kenal
mungkin kau dulu
atau aku kemudian.
lalu saat itu cuma ada dua.
kau atau aku yang mula.
kau fikir aku
aku pula fikir kau
dia itu jangan kita tinggalkan ianya sama saja.
lalu itu kita kenal Tuhan kita.
puisi / 32
bilik saya
di dalam biliku
ada semut dan nyamuk
kipas bertugas lampu juga
baju tergantung cermin menunggu
kejap-kejap aku nyalakan rokok
puasssssss!
jiran ku apa khabarnya?
di dalam biliku
ada semut dan nyamuk
kipas bertugas lampu juga
baju tergantung cermin menunggu
kejap-kejap aku nyalakan rokok
puasssssss!
jiran ku apa khabarnya?
Thursday, 4 August 2011
puisi / 31
tipu
tipu tipu tipu
tipu dan malu
lepas itu tipu
tipu dan tipu
tertipu
menipu
ditipu
meniru menipu
menipu tak meniru
jika dunia ada negeri tipu
aku akan kesana bawak api
aku tipu.
tipu tipu tipu
tipu dan malu
lepas itu tipu
tipu dan tipu
tertipu
menipu
ditipu
meniru menipu
menipu tak meniru
jika dunia ada negeri tipu
aku akan kesana bawak api
aku tipu.
puisi / 30
lari
bawa ku sampai bila-bila
terus hilang dari semalam
supaya kau diam
supaya aku diam
biar aku biar kau
yang tunjuk jalan
sesat atau pulang
biar aku bukan kau
biar kau bukan aku
yang tahu.
bawa ku sampai bila-bila
terus hilang dari semalam
supaya kau diam
supaya aku diam
biar aku biar kau
yang tunjuk jalan
sesat atau pulang
biar aku bukan kau
biar kau bukan aku
yang tahu.
puisi / 29
mencuri di bulan ini
ini bulan tinggi tak kesampaian mengejanya
pagi-pagi di teman suara patuh buta
ya patuh dan buta untuk Dia
bagi menggetuk jendelaNya
jendelanya putih licin
tapi tangan-tangan yang datang juga hanyir
tidak pula jendela ini berang
jika kau patuh dan buta
jendela yang kuncinya berbagai-bagai
mula buka bukan rapat.
ini bulan tinggi tak kesampaian mengejanya
pagi-pagi di teman suara patuh buta
ya patuh dan buta untuk Dia
bagi menggetuk jendelaNya
jendelanya putih licin
tapi tangan-tangan yang datang juga hanyir
tidak pula jendela ini berang
jika kau patuh dan buta
jendela yang kuncinya berbagai-bagai
mula buka bukan rapat.
puisi / 28
bermuka-muka kecewa
pada sucimu yang rapat dengan ku
yang pagi-pagi menerbit di hati
amatlah besar penjuru luka ini
menjerit dan bingit menderu di dalamnya
patutkah aku menunduk atau sebaliknya
darah-darah lalu terus intim
malahan tidur ku ini berpihak kepada mu
tertiarap kerana luka di belakang
campur luka dengan suka aku memilih diam
kerana menahan beban sampai kemuncak malam
biar peluh itu basah jadi embun pagi esok.
pada sucimu yang rapat dengan ku
yang pagi-pagi menerbit di hati
amatlah besar penjuru luka ini
menjerit dan bingit menderu di dalamnya
patutkah aku menunduk atau sebaliknya
darah-darah lalu terus intim
malahan tidur ku ini berpihak kepada mu
tertiarap kerana luka di belakang
campur luka dengan suka aku memilih diam
kerana menahan beban sampai kemuncak malam
biar peluh itu basah jadi embun pagi esok.
Tuesday, 2 August 2011
puisi / 27
pupus
aku kepenatan
kerana binatang itu masih mengekori ku lagi.
binatang ini dinamakan,
malas,
penakut,
malu,
bangga diri,
bohong,
selesa.
aku ingin binatang ini di buru.
di jerat mati.
apa yang perlu,laksanakan
biar kiamat perasaan diekori lagi.
biar binatang ini pupus.
aku kepenatan
kerana binatang itu masih mengekori ku lagi.
binatang ini dinamakan,
malas,
penakut,
malu,
bangga diri,
bohong,
selesa.
aku ingin binatang ini di buru.
di jerat mati.
apa yang perlu,laksanakan
biar kiamat perasaan diekori lagi.
biar binatang ini pupus.
puisi / 26
ketua bulan.
azan maghrib di poket
azan subuh dan selepasnya selimut mati.
bazar banjir ombak manusia jasad yang sakit.
surau juga banjir pada hari-hari mula dan akhir
bulan ini ketua bulan
aku hanya penonton sahaja
yang menelan segala sari kata
kekadang iklan aku berpaling.
moga-moga jangan hujan,
siaran terkendala.
azan maghrib di poket
azan subuh dan selepasnya selimut mati.
bazar banjir ombak manusia jasad yang sakit.
surau juga banjir pada hari-hari mula dan akhir
bulan ini ketua bulan
aku hanya penonton sahaja
yang menelan segala sari kata
kekadang iklan aku berpaling.
moga-moga jangan hujan,
siaran terkendala.
Monday, 1 August 2011
puisi / 25
terkurung
dikepung sangat mengunung
bermenung tiada yang tolong
di sini aku melopong.
mencangkung pelbagai kandung
dinding yang tinggi menghalang sombong
penglihatan ku kudung
dikurung tiada yang untung
terkurung oleh menung tergantung.
Subscribe to:
Posts (Atom)