Saturday 5 November 2011

vitamin / 6

Puisi / Sastera

" Sastera adalah persoalan teknik penuangan. Apa yang dikemukakan dalam hasil sastera boleh sahaja dikemukakan dalam bentuk tidak sastera. Apa sahaja dikemukakan dalam puisi boleh sahaja dikemukakan dalam bentuk yang tidak puisi. Yang membezakannya hanyalah teknik penuangan atau penyampaiannya belaka. Kekuatan sesuatu hasil sastera juga ditopang oleh teknik penyampaiannya, namun kiranya disampaikan dalam bentuk yang tidak baik, ia tidak akan menghasilkan suatu hasil sastera yang baik. Sebaliknya dengan hal-hal yang tidak begitu penting, tetapi disampaikan dengan teknik-teknik yang baik, orang akan menganggap bahawa ai adalah suatu persoalan penulisan serius yang sangat penting.
Seorang penulis dalam erti yang sebenarnya mesti mempunyai sesuatu yang membezakan dirinya dari penulis lain. Sesuatu yang membentuk keaslian dirinya sendiri dan originalitinya. "

Umar Junus / Sastera Melayu Moden : Fakta dan Interpretasi

No comments:

Post a Comment